Selepas hampir dua tahun tiada wakil rakyat, penduduk di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bugaya, Semporna boleh menarik nafas lega kerana kekosongan kerusi itu bakal terisi selepas 19 November ini.
Segelintir mereka berharap perwatakan penyandang DUN berkenaan, Allahyarham Manis Muka Mohd Darah menjadi contoh kepada pengganti yang diberikan mandat nanti.